Sabtu, 12 Februari 2011

Koleksi Pantun - 3

yang bertanya siapa orangnya
apa hajatnya sila persembah
diriku ini masih belum berpunya
hanya dipunyai mak dan abah

sikecil murni baru belajar
satu-satu gunalah jemari
terikat disini tak perlu kejar
kalaulah rindu datang kemari

bagai mendapat durian runtuh
datang sambut beralas lalang
bukan sedikit hati tersentuh
riang hati bukan kepalang

gadis ayu pandai berhias
manis anggun dari Besut
adat melayu bahasa berkias
manis tersusun penyampai maksud

petik kecapi pukullah canang
selendang tari indah berkerdipan
hidup sepi usah dikenang
pandang esok bahagia didepan

salam terhulur senyum terukir
tangkas bergaya langkahnya berat
hati mengeluh minda berfikir
bagaimana cara menyampaikan hasrat

senyum menguntum malu-maluan
sebalik tabir tambatan hati
bertemu pandang tidak keruan
getar dibibir nafas terhenti

pergi bertapa di dalam gua
mencari ilmu lawan di sekat
walau tidak pernah bersua
hati tertambat kasih terikat

ubat pengasih dari Bintulu
halus sulam dari Muar
adat berkasih rindu selalu
berutus salam dan doa

sentuh perlahan terasa geli
ada benda dipilih teliti
buat pilihan sukar sekali
tapi ada memikat hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan